Friday, April 24, 2009

TORANA DI INDIA

Daripada bahasa Sanskrit iaitu Tor bererti laluan.

Pada asalnya torana merupakan element tradisional kampong iaitu pintu gerbang yang terdapat pada perkampungan orang-orang Aryan.

Torana diperbuat daripada buluh pada asalnya.

Torana seterusnya diubahsuai menjadi pintu gerbang sebagai penyambut ke stupa Buddis. Bahan binaan utamanya daripada batu.

Torana menpunyai dua tiang setinggi 34 kaki(10.3 m) untuk menyokong tiga lapisan batu yang melintang.

Di permukaan batu terdapat ukiran-ukiran yang menggambarkan hikayat Buddha.
Pada keseluruhannya,torana dianggap sebagai pintu gerbang suci ke stupa.

No comments: