Friday, April 24, 2009

MOHENJO-DARO

PLANNING SISTEM DALAM MOHENJO-DARO

• Bandar-bandar Harappa dan Mohenjo Daro di Lembah Indus dibina pada 2500 – 1900 SM di atas pelantar bata lempung besar yang melindungi penghuninya daripada banjir Jalan raya disusun mengikut sistem grid Timur-Barat & Utara-Selatan
• Rumah dua tingkat daripada bata lempung atau bata terbakar mempunyai bilik mandi yg dibekalkan air dari perigi berdekatan dan disambung kepada sistem saloran pembentungan seluruh bandar
• Bagi agama Hindu dan Buddha, manusia sentiasa sengsara dan menderita di dunia, dan hanya melalui dharma iaitu amalan baik, manusia menjadi lebih mulia dan akhirnya bebas daripada derita apabila mencapai moksa/nirvana
• Sistem kasta yang mengekalkan martabat mengikut pekerjaan asal nenek moyang menyebabkan perkembangan teknologi perlahan kerana tukang berada dalam kasta terbawah & tidak terkenal
• Teknologi besi waja atau keluli amat maju di India sejak 300 SM. Besi waja dihasilkan dengan membakar susunan berselang lapis kayu dan bijih besi dalam relau/mangkuk pijar lempung
• Bangunan di India diperbuat daripada kayu seperti kuil Hindu sebelum abad ke-3 SM dan istana Maharaja Chandragupta Maurya di Pataliputra (Patna) selepas itu mengikut struktur tiang dan palang
• Agama Buddha yang disebar ke seluruh India oleh Maharaja Asoka Maurya pada abad ke-3 SM menghasilkan 3 bangunan : biara yg terdiri daripada pondok-pondok zikir, kuil berkubah batu yg digelar stupa untuk menyimpan relik Buddha dan di Sri Lanka dan kuil gua. Kuil gua terdiri drpd dewan penyembahan panjang dengan tiang di kedua-dua sisinya dan sebuah stupa kecil di hujung
• Pembina India tidak tahu tentang gerbang Rom tetapi membina gerbang batu palsu yang sebenarnya palang di atas tiang yang diukir seperti gerbang kayu palsu dalam rumah tradisional India
• Pada abad ke-2 SM, kuil batu Hindu dan kuil gua yg terdiri drpd pintu masuk, serambi, dewan (nabdapa), bilik suci (garbagriha) yg mengandungi berhala dan menara shikkara seperti gunung Meru dibina setelah agama Hindu bangun semula
• Di selatan India (Tamil) pula kuil Hindu mepunyai empat pintu berbentuk segi-tiga yang digelar gopuram

TAMADUN MOHENJO-DARO
Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa juga dikenali sebagai Tamadun Indus. Tamadun ini wujud kira-kira dari tahun 2500-500 SM di sekitar Sungai Indus. Tamadun ini terdiri daripada 70 buah bandar di dataran-dataran yang direntasi oleh Sungai Indus dan Sungai Ganges di Barat Laut India. Walau bagaimanapun, hanya dua tempat sahaja mempunyai kebudayaan rumit dan jelas iaitu Mohenjo-Daro dan Harappa. Kedua-dua bandar ini juga merupakan bandar terancang yang terawal dalam sejarah manusia.

Seperti dengan tamadun yang lain, bandar negara kota ini terbentuk apabila satu perkampungan ini mengalami urbanisasi. Pembentukan ini menunjukkan corak kehidupan manusia yang semakin berorganisasi dan berkebijaksanaan. Antara negara kota ini, Harappa dan Mohenjo-Daro mempunyai struktur yang teratur.Kedua-dua bandaraya terbahagi kepada petak-petak perumahan berdasarkan corak checker-board.

Jalan raya utama amat luas dan terbentang dari Utara ke Selatan dan dari Barat ke Timur. Rumah-rumah dibina dengan batu-bata dan terletak di kedua-dua belah jalan raya. Setiap rumah ini mempunyai bilik mandi, tandas, dapur dan telaga. Selain itu, bandaraya ini mempunyai jelapang-jelapang, dewan orang ramai, kedai-kedai, sistem saluran najis di bawah tanah dan citadel yang dibina untuk didiami oleh golongan pemerintah. Seterusnya, kubu-kubu telah dibina untuk melindungi bandar-bandar ini daripada serangan musuh.



















CIRI- CIRI MOHENJO-DARO


Penempatan Tetap

Penempatan tetap mula berkembang apabila perkampungan-perkampungan dengan bilangan penduduk yang kecil mula menjalankan kegiatan pertanian, penternakan dan perdagangan. Proses perubahan dan kemajuan ini dikenali sebagai proses perbandaran atau urbanisasi.

Misalnya, pertanian dan perdagangan merupakan kegiatan ekonomi Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa yang utama. Bekalan air yang mencukupi dan kekayaan tanaman menyebabkan pelbagai jenis tanaman dapat dihasilkan seperti gandum dan barli disamping betik, tembikai, dan kacang. Kejayaan paling memberangsangkan ialah penanaman kapas. Dengan penanaman kapas, mereka telah menjalankan perusahaan ekonomi yang melibatkan kain kapas.

Selain itu, penternakan turut dijalankan. Orang Harappa juga membela anjing, lembu dan kerbau. Unta, gajah, kuda dan keldai digunakan sebagai alat pengangkutan terutama bagi kafilah.


Perdagangan

Perdagangan yang dijalankan juga merupakan salah satu ciri perbandaran. Apabila penduduk menjalankan aktiviti perdagangan, penempatan tetap akan mula mengalami perkembangan. Sebagai contoh, perdagangan merupakan ekonomi Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa yang penting. Barangan utama yang diperdagangkan ialah kapas yang merupakan salah satu bahan eksport utama bagi Tamadun Indus.

Selain itu, terdapat bukti-bukti yang menunjukkan barang-barang keluaran Indus telah sampai ke Mesopotamia kira-kira antara tahun 2300 dan 2000 SM. Di samping itu, orang Barat dikatakan pernah tiba di Harappa. Kapak yang diperbuat daripada tembaga atau gangsa dijumpai di kawasan Indus menunjukkan adanya hubungan dengan Asia Barat. Dengan kehadiran benda-benda di kawasan Indus seperti lapis lazuli, jed, turquoise dan sebagainya membuktikan perdagangan yang dilakukan antara Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa dengan Iran, Iraq, Afghanistan Pertengahan Asia. Selain itu, Tamadun Indus juga mengamalkan industri kecil-kecilan seperti menenun kain serta pertukangan tangan.





Perancangan Bandar

Salah satu ciri perbandaran lagi ialah perancangan bandar. Bandar dirancang supaya menjadi lebih sistematik. Misalnya, bandar Harappa dan Mohenjo-Daro merupakan perancangan bandar (town planning). Bandar Mohenjo-Daro dan Harappa boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bandar Benar (city proper) dan pusat benteng atau kubu (citadel) di Timur yang lebih kecil dan tinggi.

Terdapat juga sebuah citadel yang didiami oleh golongan pemerintah. Kesimpulannya, Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa memperlihatkan perancangan bandar yang sempurna.


Pembinaan Jalanraya

Pembinaan jalanraya yang sistematik dan lurus juga merupakan satu ciri perbandaran. Jalanraya dibina untuk menghubungkan satu kawasan dengan satu kawasan yang lain. Di kota Mohenjo-Daro dan Harappa, jalan utama dibina berturut-turut dari Utara ke Selatan dan ke arah Timur serta Barat.

Di Kalibangan antara jalan Utara-Selatan mempunyai 7.2 meter lebar, sedangkan jalan Utara-Selatan yang lain adalah tiga suku daripada lebarnya. Jadi, boleh dikatakan pembinaan sistem jalanraya yang lurus dan sistematik adalah ciri perbandaran yang amat penting.


Kemudahan Maju

Bandar raya yang dilengkapi kemudahan maju adalah ciri perbandaran yang ketara. Kemudahan yang sempurna memperlihatkan taraf hidup rakyat yang tinggi. Contohnya, Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa yang memiliki kemudahan yang maju.

Di pusat bandar, mereka membina rumah kedai dan rumah tinggal. Rumah-rumah diperbuat daripada batu-bata dan beratan serta mempunyai bilik mandi, dapur, tandas dan longkang. Bandar raya terbahagi kepada petak-petak perumabahn berdasarkan corak checker board.

Terdapat juga jelapang-jelapang, dewan orang ramai dan kedai-kedai. Bandar raya tersebut mempunyai sistem saluran najis di bawah tanah. Dengan itu, kemudahan yang ada pada Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa adalah agak maju.



Tumpuan Pelbagai Kegiatan

Setelah perkampungan-perkampungan berkembang menjadi sebuah bandar utama, maka bandar tersebut akan menjadi tumpuan kegiatan ekonomi, tempat pembinaan kota, istana dan tempat ibadat.

Dari segi penduduk, Mohenjo-Daro dan Harappa mempunyai 40,000 orang penduduk. Dewan orang ramai dibina supaya para penduduk dapat berhimpun bersama. Jelapang-jelapang dan kedai-kedai dibina di pusat bandar Mohenjo-Daro dan Harappa menjadikan bandar setelah tumpuan kegiatan ekonomi. Kubu-kubu Harappa menjadikan bandar sebuah tumpuan kegiatan ekonomi. Kubu-kubu dan menara-menara turut dibina untuk melindungi bandar-bandar itu daripada serangan musuh. Citadel di bandar pula merupakan tempat kediaman golongan paderi atau pendeta.

Kesimpulannya, Kota Mohenjo-Daro dan Harappa menjadi tempat pertemuan rakyat dan tempat mereka untuk menjalankan aktiviti kehidupan seharian.


Penutup

Tamadun Mohenjo-Daro dan Harappa merupakan bandar terancang yang terawal dalam sejarah manusia. Pembentukan bandar Mohenjo-Daro dan Harappa jelas memperlihatkan corak kehidupan manusia yang berorganisasi dan kebijaksanaan penduduk dalam proses perbandaran.

No comments: